Isnin, 1 November 2010

PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH


Selaras dengan  hasrat  untuk memartabatkan bahasa  Malaysia dalam kalangan rakyat negara ini, maka   kerajaan  Malaysia dibawah pimpinan perdana menteri   yang berwawasan rakyat telah bersetuju untuk  mewujudkan semula Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan  pada tahun ini. Justeru , sekolah sebagai sebuah  institusi  pendidikan awal kanak-kanak perlu  mengadakan sambutan  Bulan Bahasa Kebangsaan  selama  sebulan iaitu bermula dari 01 Oktober sehingga 30 Oktober 2010.

Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma (SKBTK) telah dilancarkan pada 1 November 2010 oleh Tuan Haji Abd. Shukor bin Haji Ujang selaku Guru Besar SKBTK.


Matlamat        : 1) Untuk memartabatkan  Bahasa Malaysia sebagai
                       bahasa kebangsaan yang perlu didukung oleh semua
                       lapisan masyarakat.

                         11) Menanamkan semangat cintakan bahasa kebangsaan
                       dalam kalangan rakyat Malaysia.


Objektif           : i) Murid dapat berkomunikasi dalam bahasa Malaysia
                       dengan lebih berkesan.

                         ii) Untuk menanamkan semangat cintakan bahasa
                       kebangsaan dalam kalangan murid-murid sekolah.

                        iii) Untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
                       perpaduan  dalam kalangan murid-murid demi untuk
                       merealisasikan wawasan 1 Malaysia.    

Aktiviti yang akan dilaksanakan :


1. Tahun 1                  - Aktiviti mewarna poster sambutan Bulan Bahasa
                                  Kebangsaan. 

2. Tahun 2                  - Melafazkan pantun.

3. Tahun 3                  - Aktiviti bercerita .

4. Tahun 4                  - Melagukan Syair.

5. Tahun 5                  - Pidato

6. Tahun 6                  - Melafazkan sajak.


“ Bahasa  Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan merupakan salah satu pemangkin utama dalam mewujudkan perpaduan di negara kita yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum.  Hubungan antara kaum dan etnik sentiasa menjadi agenda dalam usaha kerajaan untuk mencapai keharmonian masyarakat dan keamanan negara ”
” Kita perlu sedar bahawa jika bahasa kebangsaan kita tidak lagi menjadi bahasa ilmu dan bahasa kemajuan, lama kelamaan bahasa kita akan hilang kepentingannya, tidak lagi relevan dengan keperluan semasa dan akhirnya akan pupus.”



Nukilan : zurie34

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...