UBK


DEFINISI BIMBINGAN

Bimbingan ialah bantuan yang diberikan kepada seseorang individu untuk menentukan matlamat-matlamat jangka pendek dan panjang, merancang  cara-cara bertindak dan memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek-aspek yang dirasakan perlu oleh individu itu.



DEFINISI KAUNSELING

Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong secara sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.



OBJEKTIF KAUNSELING

1.    Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien bekerja dengan berkesan.
2.    Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam situasi bekerja melalui proses penyelesaian masalah.
3.    Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku yang mengganggu.
     4. Menolong klien menyelesaikan masalahnya.


TUJUAN KAUNSELING

1. Memberi Maklumat
1.    Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat
2.    Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor

2. Menggalakkan Celik Akal
1.    Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran )
2.    Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya

3. Memberi Sokongan

Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.

4. Penyelesaian Konflik
1.    Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak)
2.    Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan

5. Membuat keputusan
1.    Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan
2.    Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil

RASIONAL PERKHIDMATAN KAUNSELING

1.    Kewujudan Ketegangan dan ketidakpuasan ditempat kerja.
2.    Ketidakseimbangan emosi.
3.    Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan.
4.    Perbezaan individu yang bertentangan dengan imej korporat.
5.    Konflik peranan dengan caragaya pentadbiran pengurus.
6.    Perbezaan di antara keperluan personel dengan polisi jabatan.
7.    Prestasi kerja yang tidak memuaskan dan tabiat kerja yang tidak baik.
8.    Masalah peribadi dan keluarga.
9.    Kebosanan kerja dan kekurangan pergerakan kerjaya.
10.  Keperluan pertolongan untuk mengembangkan sesuatu tingkah laku.
11.    Keperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa.

VISI

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
menjadi peneraju utama dalam mewujudkan
suasana yang teraputik dan kondusif
di sekolah sepanjang masa.

MISI

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  • Menghasilkan pelajar yang mempunyai EQ yang tinggi dan berakhlak mulia.
  • Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberansangkan melalui program dan aktiviti kaunseling.
  • Menyediakan panduan dan bimbingan kerjaya kepada pelajar.
  • Memupuk pelajar yang mempunyai sahsiah tinggi dan semangat patriotik.

ETIKA

Amanah, hikmah, adil.
Sulit dan merahsiakan.
Bantuan yang terapeutik.
Berterusan dan bersungguh.
Membantu dan bersemuka yang bermakna dan professional.
Tidak menerima ganjaran.
Menerima tanpa syarat.


Bagaimana untuk berjumpa Guru Bimbingan

Datang seorang
*Datang bersama rakan anda
Isikan borang temujanji
Berjumpa dengan Guru Bimbingan anda seperti mana yang dijanjikan
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...