Terima kasih tuan pengerusi majlis.
Yang Berusaha Tuan Guru Besar – Tn. Hj. Abd. Shukor b. Hj. Ujang.
Yang Dihormati En. Nor Azman b. Amat Kalam – Yang Dipertua PIBG
Yang Dihormati Barisan Pentadbir – SK. Bandar Tasik Kesuma
Yang Disayangi Guru-guru dan rakan-rakan semua.
Assalamualaikum dan salam I Malaysia.
Sebelum kata bersusun bicara , terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada pihak sekolah kerana telah memilih saya untuk berucap bagi mewakili rakan-rakan sempena dengan sambutan Hari Kanak- Kanak Sedunia peringkat SK. Bandar Tasik Kesuma pada hari ini.
Rakan – rakan yang dihormati,
Hari ini adalah hari yang istimewa untuk kita – yang bergelar kanak-kanak. Berjuta kanak-kanak di dunia . Kita adalah diantara kanak-kanak yang paling bertuah. Hari ini kita diraikan dan kita meraikan Hari Kanak-Kanak dalam suasana yang ceria , gembira dan selamat. Menginsafi rakan-rakan diceruk dunia yang berbeza , dengan seribu satu warna kehidupan dan cerita lara , kita adalah insan terpilih untuk mengecapi nikmati diberi di bumi Malaysia . Justeru , sewajarnya kita harus berbangga menjadi warganegara Malaysia dan kita seharusnya menjadi permata di bumi nan permai ini.
Guru-guru yang disayangi,
Kami adalah kanak-kanak yang dahagakan ilmu pengetahuan , kemahiran dan didikan . Kami sedar tanpa ilmu , kami akan ketinggalan dalam perkembangan dunia pada hari ini. Bimbinglah kami , ajarkan kami , sayangilah kami . Tanpa guru siapalah kami- anak-anak murid mu. Kami adalah cerminan warna dunia pendidikan pada hari ini untuk menjadi pewaris generasi masa depan .
Rakan-rakan sekalian ,
Kita sedia maklum bahawa kita adalah generasi pewaris bangsa , penerus tradisi budaya dan tunggak kecemerlangan negara. Maka dengan itu, marilah kawan-kawan , kita membuka tekad baru untuk berazam menjadi kanak- kanak dan pelajar yang lebih bertanggungjawab , berdisiplin dan berdaya saing untuk maju dalam akademik dan mengharumkan jenama Kesuma Gemilang .
Sebelum berlabuh tirai bicara, izinkan saya merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang sudi mengajar dan membimbing kami . Gurulah ratu dihati kami.Tanpa guru , siapalah kami. Terima kasih daun keladi kerana sudi meraikan kami pada hari ini.
Akhir kata saya ucapkan
“ Selamat Menyambut Hari Kanak-Kanak ”.
Sekian , terima kasih.
Nukilan : zurie34
Tiada ulasan:
Catat Ulasan