Selaras dengan hasrat untuk memartabatkan bahasa Malaysia dalam kalangan rakyat negara ini, maka kerajaan Malaysia dibawah pimpinan perdana menteri yang berwawasan rakyat telah bersetuju untuk mewujudkan semula Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun ini. Justeru , sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak perlu mengadakan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan selama sebulan iaitu bermula dari 01 Oktober sehingga 30 Oktober 2010.
Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma (SKBTK) telah dilancarkan pada 1 November 2010 oleh Tuan Haji Abd. Shukor bin Haji Ujang selaku Guru Besar SKBTK.
Matlamat : 1) Untuk memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai
bahasa kebangsaan yang perlu didukung oleh semua
lapisan masyarakat.
11) Menanamkan semangat cintakan bahasa kebangsaan
dalam kalangan rakyat Malaysia .
Objektif : i) Murid dapat berkomunikasi dalam bahasa Malaysia
dengan lebih berkesan.
ii) Untuk menanamkan semangat cintakan bahasa
kebangsaan dalam kalangan murid-murid sekolah.
iii) Untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
perpaduan dalam kalangan murid-murid demi untuk
merealisasikan wawasan 1 Malaysia .
Aktiviti yang akan dilaksanakan :
1. Tahun 1 - Aktiviti mewarna poster sambutan Bulan Bahasa
Kebangsaan.
2. Tahun 2 - Melafazkan pantun.
3. Tahun 3 - Aktiviti bercerita .
4. Tahun 4 - Melagukan Syair.
5. Tahun 5 - Pidato
6. Tahun 6 - Melafazkan sajak.
“ Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan merupakan salah satu pemangkin utama dalam mewujudkan perpaduan di negara kita yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum. Hubungan antara kaum dan etnik sentiasa menjadi agenda dalam usaha kerajaan untuk mencapai keharmonian masyarakat dan keamanan negara ”
” Kita perlu sedar bahawa jika bahasa kebangsaan kita tidak lagi menjadi bahasa ilmu dan bahasa kemajuan, lama kelamaan bahasa kita akan hilang kepentingannya, tidak lagi relevan dengan keperluan semasa dan akhirnya akan pupus.”
Nukilan : zurie34
Tiada ulasan:
Catat Ulasan