Sabtu, 19 Februari 2011

Berjumpalah Guru Bimbingan Untuk Menyelesaikan Masalah Anda


Adakah  anda juga pernah atau sedang menghadapi masalah-masalah yang saya temui ini?
Pelajar-pelajar TIDAK TAHU bagaimana untuk:
Bermula. Maksudnya, jika mahu belajar atau mengulangkaji, mereka tidak tahu di mana harus mereka mulakan.

Membaca dengan berkesan. Jadi mereka sukar untuk ingat apa yang telah mereka baca.

Menghafal fakta penting yang telah dipelajari. Akibatnya, mereka tidak dapat jawab soalan peperiksaan dengan baik.

Fokus di dalam kelas. Mereka hilang tumpuan dan langsung tidak faham apa yang diajarkan.

Menguruskan masa belajar yang berkesan.

Berfikir dengan teknik yang betul agar sesuatu jalan penyelesaian mudah diperolehi.

Mencari bakat, kebolehan dan kebijaksanaan yang masih terpendam di dalam diri mereka.

Pertolongan apa yang akan cikgu jalankan ?


KAUNSELING INDIVIDU adalah pertemuan pelajar dengan kaunselor sahaja.
 

KAUNSELING KELOMPOK adalah pertemuan anda dan rakan-rakan anda dengan kaunselor.

Kami sentiasa menanti kehadiran pelajar

Segala perbincangan dan maklumat yang kamu berikan akan dirahsiakan oleh kaunselor.

PERTOLONGAN INI AKAN CIKGU JALANKAN ?



1. Pertemuan kamu dengan kaunselor akan diadakan di bilik kaunseling, jauh daripada gangguan dan tidak boleh didengar oleh orang lain.
2.Segala perbincangan dan maklumat yang kamu berikan akan dirahsiakan.

3.Hanya kamu dan kaunselor sahaja yang mengetahui apa permasalahan kamu.

BERJUMPA DENGAN KAUNSELOR KAMU ?



1. Kamu boleh datang seorang untuk sesi Kaunseling Individu atau datang ramai-ramai bersama-sama rakan untuk Kaunseling Kelompok.

2.Datang maklumkan kepada kaunselor satu tarikh yang tertentu untuk sesi kaunseling.

 
3.Kamu mesti mengisi Borang Temujanji Sesi Kaunseling yang boleh didapati di bilik kaunseling.

4. Kamu boleh meletakkan borang tersebut ke dalam peti kaunseling. Tunggu cikgu panggil ye...



 
APA PENGALAMAN YANG AKAN KAMU  PEROLEHI MELALUI KAUNSELING ?



1. Kesedaran Kendiri tentang kekuatan dan kelemahan tentang diri sendiri.

2.Melihat kejujuran, keberanian dan sikap terbuka kamu.


3.Melatih bagaimana cara menyelesaikan masalah dalam kehidupan.
4.Mempunyai perasaan positif dan simpati terhadap orang lain.

5.Merasakan diri sendiri difahami oleh orang lain.

6.Rasa tanggungjawab terhadap orang lain.

7.Mengembangkan bakat, minat, kebolehan dan potensi diri.

Cikgu mungkin tidak boleh menyelesaikan masalah kamu tetapi kita sama-sama berbincang mencari pilihan ke arah menyelesaikannya....

Mengelakkan rasa bosan ketika belajar

BELAJAR SECARA BERKUMPULAN

BELAJAR secara kumpulan adalah salah satu kaedah belajar yang mampu mengurangkan rasa bosan tetapi menguatkan daya ingatan.

Murid-murid yang berada di asrama umpamanya perlulah memanfaatkan kaedah ini kerana mereka lebih berpeluang berada dalam kumpulan sama ada pada waktu petang atau malam semasa menghadiri kelas persediaaan.

Kebanyakan murid menganggap belajar secara kumpulan ini merugikan masa atau tidak mampu memberi tumpuan. Sebenarnya belajar secara kumpulan memerlukan perancangan yang rapi serta kerjasama yang erat daripada anggota kumpulan.

Berikut diberi beberapa panduan belajar secara kumpulan.

• Jumlah anggota kumpulan

Seeloknya jumlah anggota kumpulan adalah antara 3 hingga ke 5 orang sahaja. Jika terlalu ramai interaksi tidak dapat dijalankan secara berkesan dan ianya memakan masa yang lama.

• Topik pembelajaran

Setiap anggota kumpulan perlulah mempunyai kata sepakat tentang topik yang menjadi pilihan mereka untuk belajar dalam kumpulan. Topik tersebut perlulah dibaca dan dikaji dahulu sebelum hadir untuk sesi tersebut.

• Kaedah pembelajaran

o Pecahan topik:

Setiap anggota kumpulan perlulah mempunyai tugas untuk menganalisis topik mengikut pembahagian dan pecahan topik.

o Analisis:

Setiap anggota kumpulan perlulah menganalisis tugas yang diberikan dengan cara membuat catatan ringkas, rajah, peta minda atau pengurusan grafik. Sebarang keraguan yang terdapat sewaktu proses menganalisis dijalankan perlulah diambil perhatian agar perkara ini dapat dikemukakan kepada anggota lain untuk membantu ke arah penyelesaian.

o Persembahan:

Setiap anggota kumpulan perlulah mempersembahkan tugasan mereka secara tidak formal dan bergilir-gilir. Persembahan perlulah dibuat secara jelas dengan menggunakan bahasa yang mudah tetapi mengekalkan sebutan istilah-istilah yang tertentu dan penting.

o Interaksi:

Selepas persembahan anggota lain perlu berinteraksi iaitu sama ada bertanya atau memberi pandangan atau teguran jika salah. Proses ini mampu menjelaskan lagi masalah yang terdapat dalam topik tersebut serta dengan tidak secara langsung menguatkan lagi daya ingatan.

o Rumusan:

Setiap perbincangan perlulah dibuat rumusan sama ada dalam bentuk nota atau peta minda agar daya ingatan dapat dikekalkan.

Kejayaan kaedah belajar secara kumpulan ini banyak bergantung kepada disiplin diri setiap kumpulan. Setiap anggota kumpulan perlulah menumpukan perbincangan terhadap topik yang ditentukan tanpa gangguan.

Seorang anggota kumpulan perlulah dilantik untuk menyelaras aktiviti yang dijalankan agar ia lebih terancang dan berjaya memenuhi tujuannya. Bagaimanapun setiap anggota kumpulan perlu memainkan peranan masing-masing dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Sesungguhnya belajar secara kumpulan ini tidak memberi sebarang tekanan kerana ianya dijalankan secara mesra, ikhlas dan di ruang yang lebih lapang dan tidak terhad dalam bilik darjah sahaja.

Jumaat, 18 Februari 2011

Kesesakan di Semenyih akan berakhir

Tn. Hj. Abdul Shukor Hj Ujang dan YB Dato Johan Abdul Aziz (duduk ditengah)
bersama AhliJawatankuasa Permuafakatan 3K Daerah Hulu Langat
sebelum menghadiri mesyuarat kali ke 3 badan itu di SK Bandar Tasik Kesuma,
Beranang, kelmarin.

SEMENYIH 17 Feb. - Kepayahan penduduk sekitar Semenyih menghadapi kesesakan jalan raya setiap hari bakal berakhir apabila penyelesaian kepada masalah itu akan dibincangkan tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, ini kerana masalah itu telah dibawa ke pengetahuan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.
Katanya, kesesakan jalan raya melibatkan Jalan Beranang ke Semenyih dan Kajang pada waktu puncak antara pukul 7.30 pagi hingga 9 pagi masih berlaku.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan masa yang diambil oleh pengguna jalan berkenaan untuk ke tempat kerja adalah antara 45 minit hingga satu jam.

"Keadaan itu menjadi rungutan penduduk sekitar dan pengguna jalan itu sejak sekian lama. Mereka mahukan pihak berkuasa menangani masalah ini yang kian meruncing terutama pada waktu pagi.

"Masalah ini telah dibawa ke Kementerian Kerja Raya dan Datuk Shaziman akan membuat perbincangan untuk penyelesaian dalam sedikit masa lagi.

"Datuk Shaziman merayu supaya masyarakat khususnya penduduk setempat dan pengguna jalan raya supaya bersabar untuk sementara waktu lagi sementara kementeriannya mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut," kata Johan.

Beliau berkata demikian semasa ditemui sebelum merasmikan Mesyuarat Permuafakatan 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Kesihatan) Daerah Hulu Langat di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tasik Kesuma, Beranang di sini semalam.

Beliau menjelaskan, pihaknya telah mengenal pasti beberapa punca yang menyumbang kepada keadaan itu.
Ujarnya, penyumbang utama kepada kesesakan di situ ialah jalan yang sempit sepanjang laluan dari Beranang, Semenyih ke Kajang.

Selain itu, katanya, pemindahan Ibu Pejabat Pasukan Gerak Am (PGA) daerah Cheras ke Bandar Rinching serta pertambahan jumlah kenderaan dari semasa ke semasa turut menjadi faktor.

Sementara itu, mesyuarat 3K berkenaan adalah atas usaha bersama SK Bandar Tasik Kesuma dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Kesuma.
Mesyuarat kali ketiga itu dihadiri oleh 20 wakil agensi kerajaan dan swasta.
Pengetua SMK Bandar Tasik Kesuma, Abdul Gaffar Kunchi Mohd. berkata, antara objektif 3K itu diwujudkan adalah untuk mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah dan ceria.

"Selain itu, program ini diadakan bagi meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang disediakan.

"Kami juga berharap program ini dapat mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat," ujarnya.


sumber : Utusan Malaysia 18 Februari 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...