Sabtu, 20 November 2010

MEMANFAATKAN MUSIM CUTI SEKOLAH

Salam 1 Malaysia

Musim cuti sekolah telah tiba, mungkin ibu bapa dan keluarga telah merancang pelbagai aktiviti bersama keluarga, mungkin tidak. Walauapa pun,  ibu bapa yang ingin mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka, sudah tentulah mempunyai suatu rancangan yang menarik bersama anak-anak mereka. Namun, masih ramai juga di antara kita yang sentiasa sibuk dengan tugas seharian kita. Terutama bagi ibu bapa yang bekerja, kesibukan ini menghalang mereka untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka di rumah.

Keluarga yang bahagia menjadi idaman orang yang akan berkeluarga dan yang sudah berkeluarga. Mereka mengidamkan agar hubungan kekeluargaan antara anak-anak dan ibu bapa menjadi sangat rapat dan erat. Segala masalah keluarga cuba dihadapi bersama. Mereka menginginkan  supaya kehidupan keluarga mereka sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa dan suasana yang ceria.

Bagi anak-anak, mereka mengharapkan agar ibu bapa mereka akan sentiasa mempunyai masa untuk bersama dengan mereka supaya mereka dapat bermesra dan bersukaria bersama mereka. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang masih bersekolah, pada musim cuti sekolah ini, mereka mengharapkan agar ibu bapa mereka dapat meluangkan masa bersama-sama dengan mereka.

Justeru , sempena cuti sekolah ini, tambahan pula cuti hari Sabtu pertama dan ketiga setiap bulan bagi ibu-bapa yang bekerja, luangkanlah masa cuti  ini untuk bersama-sama dengan anak-anak dengan pergi melancong dalam negeri. Lakukan aktiviti-aktiviti yang menarik dan dapat mengeratkan kasih sayang dan hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak.

Ibu bapa harus memberi perhatian penuh kepada pembesaran dan perkembangan anak-anak. Seperti kata pepatah yang berbunyi ‘melentur buluh, biarlah dari rebungnya’, anak-anak perlu diasuh dan dibimbing sejak kecil lagi. Pengetahuan, pendidikan agama dan kasih sayang perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi dan pada musim cuti sekolah inilah masanya yang lebih sesuai untuk bersama dengan anak-anak.


Antara tips memanfaatkan musim cuti sekolah anak-anak :-

1.         Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging,
            berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu.

2.         Bawa keluarga melancong dalam negeri. Lawatlah tempat-tempat yang
            menarik di seluruh negara bersama anak-anak. Kalau anda kurang   mampu, bawalah 
            anak-anak berkelah ditepi pantai atau taman rekreasi.


3.        Bersukan atau bermain bersama anak-anak. Ajar anak-anak permainan  tradisional.

4.        Menonton bersama anak-anak. Apabila menonton televisyen bersama,   bincang 
           dengan anak-anak rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang  disiarkan.

5.         Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan
            kemesraan pada waktu makan.


6.         Kalau ada perpustakaan   awam yang berhampiran anda, bawalah anak- anak ke   
            sana dan tanamkan tabiat membaca

7.         Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat
            bersama anak-anak.

8.         Menggalakkan anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri  kelas tarian,
            kelas vokal, kelas muzik dan kelas drama

9.         Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri,
            sukan dan permainan, kembara dan lawatan 


10.       Hantar anak-anak mengikuti program motivasi diri. Contohnya :-

            Program Motivasi Dato’ Dr. Fadhilah bin Hj. Kamsah  ( KLIK SINI )

            Kursus Motivasi Alihan Pelajar oleh Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad
             ( KLIK SINI )

            Program Teknik Belajar dan Motivasi oleh Osman bin Affan ( KLIK SINI )


Nukilan : zurie34

Isnin, 15 November 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Kepada
Semua Warga Pendidik SK Bandar Tasik Kesuma, Beranang Selangor
Pentadbiran, Staff dan Kakitangan SKBTK
PIBG, Ibu Bapa, Penjaga dan Murid-murid SKBTK
Teman-Teman Kaunselor
Pelawat-Pelawat Blogger
Semua rakyat Malaysia
......di mana sahaja anda berada......

SALAM AIDILADHA


Ahad, 14 November 2010

MAJLIS GRADUASI & HARI ANUGERAH CEMERLANG TAHUN 6



Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia:

Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan  Graduasi Tahun 6  pada 12 November 2010, bertempat di Foyer SK Bandar Tasik Kesuma dengan jayanya. Seramai 300 orang murid Tahun 6 telah hadir pada majlis tersebut. Majlis bermula jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengah hari.

Tujuan majlis graduasi ini diadakan :

1.     Tanda penghormatan dan pengiktirafan kejayaan para pelajar Tahun 6, lebih-lebih lagi dalam arus perdana pendidikan hari ini yang semakin berdaya saing .

2.      Untuk menggalakkan pelajar lebih berusaha untuk belajar dengan lebih gigih dan sekaligus mengharumkan nama sekolah.

3.       Majlis perpisahan alam sekolah rendah ke sekolah menengah.


Yang DiPertua PIBG, En. Azman b. Ahmad Kalam, Guru Besar SKBTK Tn. Hj. Abd Shukor b. Hj. Ujang dan Timbalan Yang DiPertua PIBG Dr. Hj. Suhaimi  telah diberi penghargaan untuk menyampaikan sijil UPSR dan tamat persekolahan kepada murid Tahun 6. Majlis ini berjalan dengan lancar dan penuh kemeriahan. Majlis juga diselangi dengan persembahan multimedia, nyanyian dan tarian.

En. Norazman b. Ahmad Kalam
Ucapan YDP PIBG
Barisan Pentadbiran SKBTK
Guru-Guru Kelas Tahun 6
Pelajar 5A UPSR
Fathiah bt. Ahmad Fuad
Pelajar Terbaik Keseluruhan Tahun 6

Penyampaian Sijil dan Hadiah oleh YDP dan Timbalan YDP PIBG
Tertib dan Kemas berjubah Konvokesyen

Pn. Azlinda bt. Abu
Penyelaras Majlis dan Pengerusi Unit Bimbingan Kaunseling
Urusetia Majlis

..............SYABAS DAN TAHNIAH.........


Nukilan : zurie34

Khamis, 11 November 2010

UPSR SKBTK 2010

Ucapan Tn. Hj. Abd. Shukor b. Hj. Ujang
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma

Pelajar 5A bersama barisan pentadbiran SKBTK


ANALISA KEPUTUSAN UPSR 2010

Bahasa Melayu Pemahaman     97.2 %
Bahasa Melayu Penulisan          96.4 %
Bahasa Inggeris                           86.6 %
Matematic                                    91.6 %
Science                                          92.2 %

PELAJAR-PELAJAR 5A

01.     AHMAD AMIRUL SYAFIQ B. AHMAD SALMI
02.     AHMAD SYAFIQ B. MAT YUSOP
03.     AHMAD SYAHMI B. JAMLI
04.     ALIAH SYAFIQAH BT. ROSLI
05.     AMIR AIZAT B. BADROLHISHAM
06.     DEWANANTHENE A/P RAVICHANTHIRAN
07.     FARAH AFIQAH BT. SHAFIEE
08.     FARIS IQBAL B. SUHAINI
09.     FATHIAH BT. AHMAD FUAD
10.     FATIN NUR EDREENA BT. MOHD SAMSUL
11.     FATIN ZAFIRA BT. ISMAIL
12.     HABEEB IMAN B. HAMDAN
13.     HAIDA SURAYA BT. TAJUDDIN
14.     HUSNA AMANI BT. JAMZURI
15.     HUSNA SYAHIDAH BT. ZAINORDIN
16.     IZZATI BT. IBRAHIM
17.     KAMAL ASHYRAF B. KAMAL ANUAR
18.     MANISHA A/P BALAKRISHNAN
19.     MOHAMAD AFIQ B. ZAINAL
20.     MOHAMAD FAUZUL AZIM B. MUHD NAJIB
21.     MUHAMMAD SYAHIRAN B. SUHAIMI
22.     MOHAMAD SYAZANI B. MOHD SARWAN
23.     MUHAMMAD AFIQ FARHAN B. MAHDIR
24.     MUHAMMAD AIMAN B. ABD RANI
25.     MUHAMMAD AMEER AIZAD B. RAHIMI
26.     MUHAMMAD AMIR FIRDAUS B. MOHD SOYAPI
27.     MUHAMMAD DANISH B. ROZIDAN
28.     MUHAMMAD IRFAN B. AZHAR
29.     MUHAMMAD SYAFIQ B. ISMAIL
30.     MUHAMMAD SYAHMI  HADI B. MOHD ZULKAPLI
31.     NADZIRA AINA BT. MOHAMAD
32.     NASRIN NABIHAH BT. ZUPERI
33.     NASYIRAT NU’MAN B. KHAIRUL NIZAM
34.     NUR AIMAN SHAHIRAH BT. ANUAR
35.     NUR AIN FARAHANI BT. KAMAL ARIFFIN
36.     NUR AQILAH BT. ABDULLAH HASHIM
37.     NUR ATHILAH AMALIA BT. RAHADE
38.     NUR ATHIRAH AQILAH BT. RIZARULNIZAM
39.     NUR HAMIEDAH BT. MOHD SHOLIHIN
40.     NUR HISHAM B. OTHMAN
41.     NUR HUMAIRA BT. SHAHNUL MINDANO
42.     NUR SYASYA AZYYATI BT. MOHD AMIN
43.     NURAINA NAJWA BT. MOHAMAD AZMAN
44.     NURUL FAIQAH BT. AZHAR
45.     NURUL NAZIFA BT. ROSLI
46.     NURUL SYAHIDA BT. WAHIRUDDIN
47.     SHAMINI A/P ARUMOGHAM
48.     SITI HAJAR BT. KHAIRUL ANWAR
49.     SITI NORSHAHIRAH BT. NORAZAM
50.     SITI NUR’AQIELAH BT. KAMARUZZAMAN
51.     SYAHMI SAJIDAH BT. SURADI
52.     WAN MUHAMMAD SYAHMI B. YAAKOB
53.     ZULAIKHA BT. ZAIRUL

...... TAHNIAH ......

Nukilan : zurie 34


Rabu, 10 November 2010

PESANAN SEBELUM UPSR DIUMUMKAN

Assalamualaikum,

PADA 11 NOVEMBER 2010 ( KHAMIS ) pasti ada yang berduka, ada yang bersuka dan tidak kurang ada juga yang terlalu gembira tidak terkata. Bagi mereka yang memperoleh keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), tahniah kami ucapkan kepada yang berjaya. Usaha  anda selama ini dengan menghadiri kelas tambahan, kelas tiusysen, kem motivasi dan sebagainya  memberikan kejayaan kepada anda. Berterima kasihlah kepada guru-guru yang telah mendidik anda selama ini.


 Buat yang  gagal cuba lagi di peperiksaan mendatang. Jangan bersedih dan putus asa, mungkin usaha kita selama ini belum mencukupi. Mungkin ada hikmah disebalik kegagalan kita.

Gagal? Wujudkah ungkapan ini sebenarnya? Apakah kegagalan seseorang itu di dalam sesuatu peperiksaan itu sudah dikira menutup semua peluang mereka di masa hadapan?
UPSR bukanlah apa sangat, adik-adik. PMR ada, SPM pun ada lagi. Paling tidak pun, STPM juga sentiasa menanti. Banyak lagi peperiksaan yang bakal ditempuh. UPSR hanyalah langkah awal untuk adik-adik semua terus maju ke hadapan.


Tidak dinafikan bahawa ramai murid-murid yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang, 5A di dalam UPSR akhirnya berjaya menjadi orang yang cemerlang pada hari ini. Namun, betapa jauh lebih ramai lagi anak-anak yang dulunya tidak cemerlang semasa di peringkat UPSR namun telah berjaya juga pada kerjaya mereka hari ini.

Manusia biasanya akan belajar daripada kegagalan dan kesilapan mereka. Tidak ditimpa kegagalan, kekadang manusia itu terlalu leka dengan deretan kesenangan dan kejayaan. Justeru kegagalan itu sendirinya perlu untuk difahami bahawa salah satu lorong untuk menuju ke mercu kejayaan.


Gagal dalam peperiksaan bukannya gagal dalam kehidupan. Sebab itu pelajar perlu belajar cara jatuh dengan cara:

o Terima hakikat tidak semua orang mampu dapat semua A
o Terima hakikat bakat dan kebolehan kita ada ditempat lain
o Ingat manusia hanya mampu berusaha keputusan tetap di tangan Tuhan
o Jadikan kegagalan itu sebagai ‘Stepping Stone’ bukannya ‘Stopping Stone’.
o Tanam azam untuk buat lebih baik dalam peperiksaan yang akan datang.
o  Gagal sebab tidak tahu teknik dan strategi peperiksaan peperiksaan. Pelajar perlu ikuti program Motivasi dan Kemahiran Belajar.


Justeru adik-adik, apapun keputusan yang diperoleh pada 11 November nanti, anggaplah ianya sebagai ujian dari Allah. Kejayaan itu sebenarnya adalah ujian dariNya untuk kita terus berjaya pada masa mendatang. Kegagalan pula adalah sengaja untuk melihat sejauh mana kita mampu bangkit pada ujian-ujian hidup yang seterusnya.



Nukilan : zurie34

Jumaat, 5 November 2010

HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT SEKOLAH 2010



Sekolah kami  menganjurkan majlis sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Sekolah pada 4 November 2010, bermula 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Persekolahan pada hari tersebut diadakan sesi pagi sahaja yang melibatkan semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6.


Ucapan Perasmian YDP PIBG SKTT 2010

Sambutan yang akan diraikan bersama oleh semua murid, sejajar dengan aspirasi Konsep 1 Malaysia dalam memperbaiki, memantap dan memperkasa hubungan serta berkongsi kegembiraan kepelbagaian kaum, yang ke arah merealisasikan impian YAB Perdana Menteri Malaysia kita bagi memastikan rakyat di negara ini membina dan menjalin persahabatan yang bertunjangkan sikap saling menghormati dan keyakinan antara satu sama lain.
 Sambutan Hari Kanak-kanak ini mempunyai dua objektif utama iaitu

* sebagai penghormatan dan pengiktirafan masyarakat terhadap kanak-kanak dan hak mereka,

* untuk menyedarkan setiap golongan masyarakat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.



TOKOH KANAK-KANAK

Langkah ini adalah sejajar dengan aspirasi negara untuk melahirkan generasi yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan berinovasi.



 
NASRIN NABIHAH BT. ZUPERI, PN RADZIAH BT MAT PIAH, MOHD SYAHIRAN B. SUHAIMI

Selain memiliki keperibadian terpuji, cemerlang dalam bidang akademik dan bergiat aktif dalam persatuan dan ko-kurikulum, bakat yang menyerlahkan keistimewaan, ketokohan dan kewibawaan juga merupakan kriteria pemilihan calon.


Penerima Anugerah Hari Kanak-Kanak Bersama Pentadbir SKBTK
AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN





Nukilan : zurie34


Khamis, 4 November 2010


                  
Terima  kasih tuan pengerusi majlis.
Yang Berusaha Tuan Guru Besar – Tn. Hj. Abd. Shukor b. Hj. Ujang.
Yang Dihormati En. Nor Azman b. Amat Kalam – Yang Dipertua PIBG
Yang Dihormati Barisan Pentadbir – SK. Bandar Tasik Kesuma 
Yang Disayangi Guru-guru  dan rakan-rakan semua.

Assalamualaikum dan salam I Malaysia.

Sebelum kata bersusun bicara , terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada pihak sekolah kerana telah memilih saya untuk berucap bagi mewakili rakan-rakan  sempena dengan sambutan Hari Kanak- Kanak Sedunia peringkat SK. Bandar Tasik Kesuma pada hari ini.

Rakan – rakan  yang dihormati,

Hari ini adalah hari yang istimewa untuk kita – yang bergelar kanak-kanak. Berjuta kanak-kanak di dunia . Kita adalah diantara kanak-kanak yang paling bertuah. Hari ini kita diraikan dan kita meraikan Hari Kanak-Kanak dalam suasana yang ceria , gembira dan selamat. Menginsafi rakan-rakan diceruk dunia yang berbeza , dengan seribu satu warna kehidupan dan cerita lara , kita adalah insan terpilih untuk mengecapi nikmati diberi di bumi Malaysia. Justeru ,  sewajarnya kita harus berbangga menjadi  warganegara Malaysia dan  kita seharusnya menjadi permata di bumi  nan permai ini.  


Guru-guru yang disayangi,

Kami adalah  kanak-kanak  yang dahagakan ilmu pengetahuan , kemahiran  dan didikan . Kami sedar tanpa ilmu , kami akan ketinggalan  dalam perkembangan  dunia pada hari ini. Bimbinglah kami , ajarkan kami , sayangilah kami . Tanpa guru siapalah kami- anak-anak murid mu. Kami adalah cerminan   warna dunia pendidikan  pada hari ini untuk menjadi pewaris generasi masa depan .   


Rakan-rakan  sekalian ,

Kita sedia maklum bahawa kita adalah generasi pewaris bangsa , penerus  tradisi budaya dan tunggak  kecemerlangan negara. Maka dengan itu,  marilah kawan-kawan , kita membuka tekad baru  untuk berazam menjadi kanak- kanak  dan pelajar yang lebih bertanggungjawab , berdisiplin dan  berdaya saing untuk maju dalam akademik dan mengharumkan jenama Kesuma Gemilang .  


Sebelum berlabuh tirai bicara, izinkan saya merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang sudi mengajar dan membimbing kami . Gurulah ratu dihati kami.Tanpa guru , siapalah kami. Terima kasih daun keladi kerana sudi meraikan kami pada hari ini.


Akhir kata saya ucapkan


“ Selamat Menyambut Hari Kanak-Kanak ”.
Sekian , terima kasih.  


Nukilan : zurie34

Isnin, 1 November 2010

PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH


Selaras dengan  hasrat  untuk memartabatkan bahasa  Malaysia dalam kalangan rakyat negara ini, maka   kerajaan  Malaysia dibawah pimpinan perdana menteri   yang berwawasan rakyat telah bersetuju untuk  mewujudkan semula Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan  pada tahun ini. Justeru , sekolah sebagai sebuah  institusi  pendidikan awal kanak-kanak perlu  mengadakan sambutan  Bulan Bahasa Kebangsaan  selama  sebulan iaitu bermula dari 01 Oktober sehingga 30 Oktober 2010.

Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma (SKBTK) telah dilancarkan pada 1 November 2010 oleh Tuan Haji Abd. Shukor bin Haji Ujang selaku Guru Besar SKBTK.


Matlamat        : 1) Untuk memartabatkan  Bahasa Malaysia sebagai
                       bahasa kebangsaan yang perlu didukung oleh semua
                       lapisan masyarakat.

                         11) Menanamkan semangat cintakan bahasa kebangsaan
                       dalam kalangan rakyat Malaysia.


Objektif           : i) Murid dapat berkomunikasi dalam bahasa Malaysia
                       dengan lebih berkesan.

                         ii) Untuk menanamkan semangat cintakan bahasa
                       kebangsaan dalam kalangan murid-murid sekolah.

                        iii) Untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
                       perpaduan  dalam kalangan murid-murid demi untuk
                       merealisasikan wawasan 1 Malaysia.    

Aktiviti yang akan dilaksanakan :


1. Tahun 1                  - Aktiviti mewarna poster sambutan Bulan Bahasa
                                  Kebangsaan. 

2. Tahun 2                  - Melafazkan pantun.

3. Tahun 3                  - Aktiviti bercerita .

4. Tahun 4                  - Melagukan Syair.

5. Tahun 5                  - Pidato

6. Tahun 6                  - Melafazkan sajak.


“ Bahasa  Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan merupakan salah satu pemangkin utama dalam mewujudkan perpaduan di negara kita yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum.  Hubungan antara kaum dan etnik sentiasa menjadi agenda dalam usaha kerajaan untuk mencapai keharmonian masyarakat dan keamanan negara ”
” Kita perlu sedar bahawa jika bahasa kebangsaan kita tidak lagi menjadi bahasa ilmu dan bahasa kemajuan, lama kelamaan bahasa kita akan hilang kepentingannya, tidak lagi relevan dengan keperluan semasa dan akhirnya akan pupus.”



Nukilan : zurie34

Jumaat, 29 Oktober 2010

AKTIVITI SELEPAS UPSR 2010

Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Guru-guru Tahun 6, Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma 2010 telah merancang beberapa aktiviti luar dan dalam bilik darjah  selepas UPSR.

Tujuan aktiviti;

1.         Meneruskan aktiviti pembelajaran yang telah dirancang oleh pihak sekolah.

2.         Mengelakkan pelajar terlibat dalam aktiviti yang kurang sihat seperti ponteng
             sekolah atau gejala negetif.

3.         Menanam semangat sifat kerjasama dan hormat menghormati dikalangan rakan
            sebaya.

4.         Memberikan persediaan kendiri kepada pelajar untuk memasuki sekolah
            menengah dan menempuh alam remaja.

5.         Mengembangkan bakat kreatif pelajar dalam pertandingan yang dianjurkan.


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

1.         SUKAN DAN REKREASI

·        Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Langkawi
·        Pertandingan Bola sepak
·        Pertandingan Bola Baling

2.         CERAMAH INFORMASI

·        Ceramah Awal Remaja
·        Program Jalinan Mesra Dengan SMK Bandar Tasik Kesuma.

3.         KREATIVITI

·        Membina Kad Kreatif
·        Mencipta Sandwich Canggih

4.         SAINS DAN TEKNOLOGI

·        Membina struktur bangunan
·        Membina gunung berapi
·        Membina payung terjun

5.         BAKAT

·        Pertandingan Nasyid
·        Pertandingan Public Speaking
·        Pertandingan Koir
·        Pertandingan Nyanyian Solo atau Paduan Suara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...